By: Nailil Farohah
"Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." (HR Muslim)
Wanita ibarat bunga... cantik indahnya pada pandangan mata hanya
sementara... Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang
mulia akhlaknya... karena akhlaq wanita ibarat bunga diri.. Tiada guna
berwajah cantik tetapi akhlaq buruk.. tiada guna juga berwajah cantik
tetapi hati kosong dari ilmu...
Ibarat bunga.. ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya... Ada
pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan... Ada
juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar.. tetapi bila
dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya....
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan
sesuatu bangsa terletak di tangan wanita. Oleh yang demikian, Allah
telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di pandangan
mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip
oleh wanita solehah.
Karena itulah... Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah... Sebagai
remaja dia akan menjadi remaja yang bersemangat.. sebagai isteri, dia
menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya..
sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang...
dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk
dan menyerah diri hanya kepada-Nya.
Allah swt berfirman dalam surah an-Nisa' ayat 24 yang artinya,
"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun
wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam
syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."
Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana
eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga
lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi. Setiap lelaki
dan wanita memiliki tugas dan kewajiban yang berlainan, sesuai dengan
fitrah masing-masing. Namun, tujuan hidup setiap lelaki dan wanita
adalah sama, iaitu mencari redha Allah (Mardhatillah). Allah telah
berfirman,
"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun
wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam
syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun." (QS. An-Nisaa :
124)
Rasulullah juga turut memerintahkan umatnya supaya memperlakukan wanita
sebaik-baiknya sebagaimana sabdanya: "Mereka yang paling sempurna di
kalangan mereka yang ikhlas adalah mereka yang mempunyai akhlak yang
terbaik dan yang terbaik dikalangan kamu adalah yang paling baik
terhadap isterinya." (HR At-Tirmidzi)
Rasulullah saw telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan
menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya: "Berlaku
baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang
rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk
meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia
akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu."
Al-Bukhary dan Muslim
Nilai wanita dalam Islam amat bertentangan dengan apa yang diperjuangkan
oleh wanita Barat. Nilai wanita bukan terletak pada fesyen pakaiannya
yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya,
tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan
dalam pergaulan.